Sulit
3 tahun
Kebimbangan terjadinya kehamilan
adakah dengan mengelap vagina menggunakan tisu yang baru digunakan untuk lap sperma, boleh mengandung? walaupun tidak pernah memasukkan zakar ke dalam vagina, hanya pernah memasukkan jari sahaja.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, risiko untuk mendapat kehamilan adalah rendah atau tiada langsung walaupun anda menggunakan tisu yang sudah bercampur air mani. Seseorang itu berisiko untuk hamil sekiranya sperma dilepaskan di dalam faraj dan seseorang wanita itu sedang dalam tempoh ovulasi.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut atau masih mempunyai keraguan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.