Sulit
4 tahun
Keboleh hamilan sekiranya suami pancut di luar faraj, di lap kering dan di masukkan semula ke dalam faraj
Hi, Doktor. Saya ingin bertanya, adakah boleh menyebabkan kehamilan sekiranya suami telah pancut di luar faraj, di lap kering dan di masukkan semula ke dalam faraj setelah agak2 20 minit selepas di lap kering? Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Umumnya walaupun pasangan anda merasakan telah ejakulasi di luar, potensi untuk terjadinya kehamilan tetap boleh berlaku sekiranya terdapat hanya setitis air mani yang berjaya memasuki pintu rahim tanpa diduga.
Justeru itu sekiranya anda dan pasangan sememangnya tidak berhasrat untuk mempunyai zuriat & kerap melakukan hubungan intim. saya menasihatkan anda & pasangan untuk berjumpa doktor atau pakar kesihatan wanita bagi menentukan kaedah rawatan perancangan keluarga yang terbaik untuk diamalkan. Umumnya, terdapat beberapa jenis kaedah perancangan keluarga yang terdiri daripada
- pil perancang keluarga
- pil hormon progesterone only
- pil hormon progesterone & estrogen
- suntikan perancang keluarga
- suntikan hormon
- alat kontrasepsi fizikal jangka panjang
- IUCD
- Norplant
- alat kontrasepsi fizikal sementara
- kondom lelaki
- kondom wanita
Berdasarkan kajian semasa, kondom lelaki didapatkan 95% efektif dalam mencegah kehamilan dan merupakan pilihan perancangan keluarga yang terbaik sementara menunggu kaedah perancang yang disarankan oleh doktor anda.
Tambahan lagi, untuk mengenalpasti kondisi rahim anda dalam waktu yan terdekat pula, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau melakukan ujian kehamilan UPT dengan cara yang betul.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

































