
Sulit
3 tahun
Kecederaan bahagian sulit
Hi doktor, satu bahagian zakar saya berasa sakit dan lenguh, saya rasa ia telah cedera tapi masih boleh ada reaksi cuma sangat lenguh dalam keadaan biasa. saya sudah rehat banyak hari dan tidak melakukan sebarang aktiviti. Adakah zakar yang telah cedera tidak dapat dipulihkan?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda nyatakan di atas adalah terlalu umum. Kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut tentang riwayat penyakit anda dan juga pemeriksaan fizikal secara menyeluruh. Hal ini adalah kerana masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Tercedera semasa mencukur
- Alahan kulit pada material kain
- Penyakit kelamin
- Tidak menjaga kebersihan kawasan sulit
- Perengsa kimia seperti sabun mandi
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor