
Sulit
3 tahun
Kedua belah pinggang berdenyut dan sakit
Saya berumur 18 tahun,awalnya saya kerap kencing dan cramp dibahagian sulit.sekarang kedua belah buah pinggang saya sakit dan berdenyut.itu penyakit apa doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami tidak dapat membentuk diagnosis yang tepat untuk anda kerana kami memerlukan maklumat lanjut mengenai masalah anda.
Secara amnya, kerap membuang air kencing boleh dikaitkan dengan beberapa perkara seperti :
- Penyakit kencing kotor
- Jangkitan kuman pada saluran air kencing
- Masalah buah pinggang
- Minum terlalu banyak air
- Penyakit kencing manis
Sila rujuk kepada doktor anda untuk mengetahui punca masalah anda. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.