
afiqhaizzat12
5 tahun
Kedua belah tangan bintik merah dan zakar timbul bisul besar
Saya umur 20an , adakah timbul bintik besar macam bisul pada zakar salah satu penyakit hiv ? Dan bintik merah pada kedua belah tangan saya , dan saya tidak pernah melakukan hubungan seks bersetubuh atau sebagainya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala dan keterangan yang anda berikan adalah kurang lengkap. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sebaiknya dijelaskan lebih lanjut lokasi bintik di tangan, aktiviti seksual, aktiviti melibatkan jarum suntikan, discharge zakar dan sebagainya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih