
Anonymous
5 tahun
Kegagalan ereksi ketika ingin melakukan hubungan intim
Saya berumur 28tahun,semenjak 1 bulan ini saya sukar untuk ereksi ketika ingin melakukan hubungan intim.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah gagal ereksi yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Namun, sukar ereksi boleh disebabkan pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- hilang minat untuk seks oleh kerana pelbagai perkara seperti tekanan kerja
- komplikasi penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi
- berat badan berlebihan dan kurang aktif
- kecederaan lama pada zakar
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih