Sulit
2 tahun
Kegagatalan alat sulit
Saya wanita berumur 22 tahun. Saya mengalami kegagatalan si alat sulit hampir 2 minggu. Ada atau tidak ubat u tuk hentikan kegatalan ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan kulat
- Pruritus vulvae
- Iritasi kulit
- Kudis buta
- Jangkitan seksual.
Oleh itu,sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.