
Anonymous
2 tahun
Kegatalan dan jangkitan yis(ringworm) pada bahagian dinding faraj
Saya wanita dalam 20’an dan saya mengalami kegatalan dan jangkitan yis (ringworm) pada bahagian dinding faraj. Saya mengalaminya semenjak 2 tahun yang lalu, pelbagai ubat digunakan untuk munghilangkan yis namun hilang hanya sekejap. Yis akan ada semula selepas habisnya period dan menyebabkan kegatalan dan munculnya ring worm pada bahagian dinding faraj. Keadaan tersebut menyebabkan ketidakselesaan yang mengganggu aktiviti harian saya. Apa yang saya harus lakukan untuk menghilang kan ringworm tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa penyakit yang meyerupai jangkitan ringworm, contohnya
- Psoriasis
- Urtikaria
- Leprosi
- Discoid Eczema
- Sifilis Sekunder
Rawatan untuk jangkitan ringworm bergantung kepada kawasan yang dijangkiti, ubat cream sapu akan diberikan untuk kawasan yang kecil dan ubat pil akan diberikan sekiranya kawasan yang dijangkiti adalah lebih besar dan diambil untuk jangka masa yang panjang.
Untuk mencegah jangkitan ringworm pada masa depan, beberapa langkah yang anda boleh amalkan:
- Sentiasa menjaga kebersihan diri dan pakaian
- Tidak berkongsi barangan peribadi seperti sikat dan sebagainya
- Elakkan berada lama dalam keadaan basah atau berpeluh
- Amalkan gaya hidup sihat untuk elakkan penyakit seperti diabetes
- Tidak mengambil ubatan terutama steroid tanpa preskripsi
- Jauhi binatang yang dijangkiti kurap
Untuk mendapatkan konsultasi yang selanjutnya mengenai masalah ini, sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami atas talian secara peribadi. Terima kasih.