
Sulit
5 tahun
Kegatalan dan kurap pada kemaluan yang diakibatkan oleh penumbuhan bulu pada kemaluan
Saya seorang remaja…saya mengalami kegatalan pd kemaluan saya sejak saya di tingkatan 5 lg…pelbagai cara dan ubat-ubatan telah saya cuba untuk menghilangKan sakit gatal yang saya hadpi…kegatalan yg merebak bermula pada kawasan tumbuhnya bulu kemaluan saya…saya berasa sangat runsing dan tidak selesa melakukan aktiviti harian

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berkaitan dengan masalah cik, mungkin ia disebabkan oleh jangkitan pada vagina. Ini disebabkan oleh pelbagai sebab. Antaranya ialah ;
- Jangkitan kandida (sejenis kulat)
- ekzema
- alahan pada produk pencuci
- lichen schlerosis
- Bacterial vaginosis
- Chlamydia trachomatis
- Gonorrhea
- Trichomonas vaginalis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.