
Sulit
5 tahun
Kegatalan di bahagian kemaluan
saya wanita. saya mengalami gatal2 di bhgn kemaluan saya. saya perasan mula gatal2 masa saya lambat basuh pad saya dan pakai pad lebih dari 8 jam semasa period. apakah ubat yg perlu saya ambil utk sembuhkan gatal2 kemaluan ni ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan diatas, kami memahami kebimbangan tentang gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kulat
- alahan pada produk pencuci
- ekzema
- psoriasis
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan untuk merujuk doktor umum sebelum ke doktor pakar untuk dilakukan evaluasi lanjut tentang masalah anda ini. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.