
Sulit
4 tahun
Kegatalan di bahagian tepi faraj
Saya wanita berumo 37 belom berkawen…jadi sya ingin menceritakan kegatalan di bahagian luar sulit sya yg telah sya alami selama 3 hari…xpernah mngalami perkara begitu sebelom nie…sya pkai shower body antabac…jadi bila mndi n knew bhgian trsebut ianyew gatal…sya seorng yg aktif…tapi semnjak puasa semua atvt sukan sya stop…sya jugak seorng yg allergic…so any kind of seafood mng sya xmkn…kecuali ikan ayam daging…jadi saya heran n mngapa kegatalan tue berlaku…diew xgatal di dalam…cuma bahagian luar dan tepi…jadi saya nk mntk nasihat apa yg harus sya buat…cream gatal apa yg harus saya pkai memndngkn skunk nie di tempt sya baru jerk bermula pkp…takot jugak nk keluar sbb kes makin tnggi di kuantan…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda. Umumnya gejala kegatalan pada bahagian sulit wanita yang terkadang boleh disertai rasa panas atau perubahan lain pada kulit di sekitarnya, sakit ketika buang air & sulit menahan kencing boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus pada sistem urogenital (baca: kencing kotor)
- Penyakit menular seksual
- Teknik cuci kemaluan yang salah
- Vaginal douching
- tabiat minum air yang banyak atau kelainan fungsi ginjal
Sekiranya gejala tersebut berterusan atau bertambah, anda di nasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera. Disamping itu, ada juga dinasihatkan untuk:
- cuci kemaluan (setelah buang air) dari depan ke belakang (untuk mengelakkan / memperparah jangkitan kuman)
- memastikan kawasan bilik air sentiasa bersih
- hindari penggunaan apa-apa jenis ubat tanpa nasihat doktor
- hindari aktiviti bersama pasangan (buat sementara waktu) sekiranya dikhuatri berjangkit atau menggunakan alat bantuan yang sesuai (i.e. kondom)
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Walau bagaimanapun, jawapan yang telah diberikan hanyalah pengetahuan umum berdasarkan maklumat yang terhad dari penyataan anda di atas. Untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat kami memerlukan maklumat tambahan dan pemeriksaan yang lebih komprehensif.