Sulit
4 tahun
Kegatalan di kawasan kemaluan benerapa hari, yetapi tiada masalah keputihan atau berbau tidak menyenangkan
Hi doktor, saya mary berumur 37 tahun. Saya mengalami kegatalan di kawasan kemaluam saya beberapa hari. Tapi saya tiada keputihan atau bau yg tdk menyenangkan. Apakah yg saya perlu buat doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera Mary, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Buat pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu boleh mendapat gatal-gatal di kawasan kemaluan, seperti:
- Radang kulit (Dermatitis)
- Penjagaan kawasan faraj yang kurang bersih
- Menggunakan sabun pencuci wanita dengan kerap; sabun cucian tersebut boleh mengganggu pH faraj
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan kulit pada bahagian faraj dan sekitar sama ada berpunca daripada bakteria, virus atau parasit
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya puncanya diketahui dan rawatan dapat diberikan.
Berikut merupakan langkah yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah tersebut:
- Menjaga kebersihan faraj dan kawasan sekitarnya
- Membasuh menggunakan air sahaja dan kurangkan penggunaan sabun pencuci wanita
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor pakar kami. Terima kasih.

































