
Sulit
4 tahun
Kegatalan di vagina menyebabkan luka dan tidak boleh tidur dengan aman
Saya mempunyai kegatalan yang teruk dibahgian kemaluan saya akibat garu sehingga menyebabkan luka di bhgian bibir vagina dan sekitarnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, secara umum, gatal di kemaluan boleh terjadi disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Alahan(sensitif kepada fabrik tertentu dan sebagainya)
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik atau kortikosteroid untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih