
Sulit
3 tahun
Kegatalan faraj dan terdapat tompok putih melekat dalam faraj
Saya berasa gatal pada bahagian dalam faraj selepas mengalami keputihan yg teruk selama 4 hari. Kemudia apabila saya melihat bahagian dalam vagina. Terdapat tompok2 putih melekat di dalam dah berasa gatal. Adakah ini jangkitan yis atau lain2

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Gardnerella vaginalis (bakteria)
- Trichomonas vaginalis (parasit)
- Candida albicans (kulat)
Oleh itu, untuk memastikan bahawa jangkitan tersbut berpunca daripada yis atau lain-lain, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.