
Sulit
4 tahun
Kegatalan miss v, kemerah merahan dan kulit mengelupas pada kemaluan
Saya wanita 20 an, mempunyai masalah kegatalan miss v sehingga kulit mengelupas dan merah merah. Dulu, saya kerap juga bertukar pasangan seks tetapi ada beberapa tidak memakai kondom semasa seks. Adakah kemungkinan ni penyakit kelamin?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Menurut masalah yang anda perihalkan, masalah kemaluan yang gatal dan kemerahan dan anda juga mempunyai sejarah bertukar-tukar pasangan seks mungkin disebabkan oleh suatu jangkitan iaitu jangkitan STI atau Sexual transmitted Infections seperti:
- Jangkitan HPV (Ketuat kelamin)
- Jangkitan HIV
- Syfilis
- Jangkitan bacteria seperti bacterial vaginosis dan Chancroid
- Jangkitan kulat
- Jangkitan kurap.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh alahan kulit seperti Contact Dermatitis ataupun Ekzema , tetapi penyakit ini adalah penyakit kulit am dan boleh mempengaruhi pada kawasan lain seperti celah kangkang.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor sakit puan anda dengan kadar yang segera bagi mengelakkan komplikasi yang berbahaya untuk kesihatan am dan kesihatan reproduktif wanita seperti penyakit keradangan pelvis (PID) dan juga jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI).
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah