
Sulit
5 tahun
Kegatalan pada bahagian Kemaluan Perempuan
Hello doctor . Saya seorang remaja perempuan yang berusia baru 18 tahun. Saya menghadapi masalah kegatalan pada bahagian vagina saya begitu teruk sehingga menyebabkan saya menggaru bahagian vagina saya akibat tidak tahan pada bahgjan yang begitu gatal . Tapi apabila saya membuang air kecil bahagian vagina begitu pedih sehingga tidak tertahan dan kelihatan agak merah akibat daripada saya menggaru bahagian tersebut . Untuk pengetahuan doctor saya menghadapi masalah ini begitu lama sejak saya berusia 16 tahun lgi . Apa yang perlu saya buat doctor ??. Hampir setiap hari saya menghadapi kegatalan pada bahagian vagina saya sehingga menyebabkan saya sukar untuk membuat aktiviti harian saya . Saya buntu mencari punca kegatalan yang teruk pada bahagian vagina saya doctor . Sekian daripada saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Pengabilan hormon estrogen
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah s
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Antara langkah-langkah yang boleh anda ambil bagi mengurangkan masalah ini adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.