
Sulit
3 tahun
Kegatalan pada kemaluan luka lecet dan berair tanpa henti
Saya seorang lelak,kegatalan Pd kemaluan luka lecet dan berair tanpa henti,bagaimana cara saya nak berhentikan yang berair itu Pd kemaluan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda mengalami kegatalan pada kemaluan serta luka melecet dan berair. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah kegatalan pada kemaluan boleh berlaku kerana pelbagai sebab, antaranya:
- Radang kulit akibat penggunaan produk pencuci atau penggunaan pakaian dalam dari kain yang tidak sesuai
- Alahan kepada sesetengah bahan
- Jangkitan penyakit kelamin
Untuk mengetahui punca dan mendapatkan rawatan bagi masalah yang anda hadapi, sila rujuk kepada doktor dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.