
Sulit
3 tahun
Kegatalan pada kesan jahitan operation di bahagian ankle kanan
Saya berusia 17 tahun. Saya mengalami kaki patah di bahagian ankle kanan. Baru2 ni saya membuat operation kedua. Dan kesan jahitannya menyebabkan kegatalan. Setelah beberapa hari kulit saya menjadi mengelupas. Saya mahu tanya adakah itu disebabkan jangkitan kuman.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tanda-tanda luka operasi dijangkiti kuman antaranya adalah:
- kemerahan dan bengkak di lokasi operasi
- keluar nanah dari luka operasi
- demam
- rasa sakit
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.