
Sulit
5 tahun
Kegatalan pada seluruh badan
Saya perempuan berumur 26 tahun. Lebih kurang setahun lepas, badan saya mengalami kegatalan yang teruk (hives). Setelah 2 kali ke klinik, masih tidak tahu punca dan ia berlarutan lebih kurang 2 minggu yang kadang kala hilang kadang kala muncul. Ianya akan muncul lebih banyak sekiranya saya berbaring.
Selepas 2 minggu, hives tersebut hilang dan badan saya mengalami kegatalan tetapi kulit saya kelihatan normal. Kegatalan tersebut terasa seperti dibawah kulit.
Disebabkan ia mengganggu tidur saya, saya mengambil ubat Cetirizin yang dibeli di farmasi. Tetapi, kelegaan hanya bertahan 2 hari. Selepas itu, saya akan merasa tidak selesa semula.
Mohon pandangan doktor kerana saya tidak ingin bergantung kepada ubatan sahaja.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui.
Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum punca masalah urticaria anda dapat diketahui.
Namun begitu, antara punca atau sebab yang boleh mengundang masalah ini adalah seperti
- Makanan (kacang, makanan laut, telur dan sebagainya)
- Sengatan atau gigitan haiwan dan serangga
- Bulu haiwan seperti kucing dan anjing
- Ubat-ubatan
- Hama, bunga, habuk, pokok atau kayu, getah, pakaian
- Kesilapan sewaktu proses menderma darah dan banyak lagi.
Amat disarankan untuk anda mengenalapsti sebab atau faktor urticaria anda dan mengelak dari punca tersebut.
Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui jenis alahan anda.
- RAST test
- Prick test
- patch test
Namun, ujian ini dijalankan oleh pakar dan di hospital besar.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.