
Sulit
5 tahun
Kegatalan vagina & buasir tak henti
Hello. Saya seorang surirumah berumur 28 tahun. Pada hujung Mac lalu baru dapat seorang anak lelaki. Semasa berpantang saya mendapat buasir dan ada gelembung daging timbul di tepi kawasan buasir tersebut. Tetapi sejurus habis pantang masalah buasir sy selesai sehinggalah minggu lepas saya kena buasir lagi dan gelembung daging itu muncul. Tambahan, sekitar kawasan vagina gatal dan pedih bila kena air. Ia amat menyakitkan di dubur apabila hendak membuang air besar. Saya sudah ke klinik dan mendapat ubat tapi seakan tidak baik juga. Apa yang patut saya lakukan? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, buasir bukan sejenis penyakit akibat jangkitan. Akan tetapi, buasir terjadi akibat tekanan tinggi sehingga dinding dan saluran darah bahagian usus bawah terkeluar atau membengkak.
Apabila dinding usus terkeluar, ia membawa lendir yang boleh merangsang kawasan sensitif sekitar dubur sehingga menyebabkan gatal-gatal. Jika buasir itu tetap terkeluar, akan terjadi pengeluaran lendir secra berterusan dan gejala gatal akan menetap. Apabila anda buang air besar, najis akan bercampur dengan lendir tersebut, kombinasi itu boleh membuat menganggu kulit di sekitar situ sehingga rasa gatal semakin hebat.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.