
Sulit
5 tahun
Keguguran dan sakit ari2 sebelah kanan
Sy berumur 26 thun dan bru seminggu lebih keguguran. Setelah darah hbs saya telah bersama suami lbih krg dlm tempoh seminggu lebih berpantang. Selps bersama tiada darah atau sebarang kesakitan. Sebelum ni mmg takde masalah sakit dan sebagainya slps bersama. Semalam dan harini ari2 sy mula sakit sebelah kanan. Rasa spt kejanb sket. Kenapa ye dr? Takde sebarang darah atau apae2 yg keluar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit akibat keguguran. Normal untuk berlaku dalam masa beberapa minggu selepas keguguran.
Walaubagaimanapun, masalah ini mungkin berkaitan dengan keguguran anda atau masalah yang berbeza seperti:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- Masalah reproduktif struktur wanita; cyst di ovari, fibroid, kehamilan diluar rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.