
Anonymous
4 tahun
Keguguran/ kehamilan semula
salam Dr … saya baru sahaja keguguran pada 15/7/2019 … kandungan sy berusia 10 weeks … 2 kali scan di klinik, tetapi heartbeat tidak jelas… selepas itu, saya terus ke hospital kerana sy mengalami pendarahan sedikit demi sedikit … darah sy hanya sportting tetapi rupanya itu tanda ke arah keguguran… soalan saya , berapa lama saya perlu berpantang ? mksd sy berpantang hubungan dengan suami . Dan bolehkah saya memulakan semula memakan folid Asid ? sedangkan skrg ubat hospital belum habis dimakan … mohon pandangan doktor …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, pada kebanyakan orang, tempoh perdarahan nifas yang normal adalah sekitar 6 minggu setelah melahirkan mahupun keguguran. Apabila darah nifas anda telah berhenti, ini bermakna perubahan badan akibat kehamilan dan bersalin telah selesai maka tubuh badan anda telah kembali kepada kondisi tidak hamil. Pada kondisi ini, tubuh anda telah bersedia untuk hamil lagi.
Untuk mengurangkan risiko kecacatan janin, rekomendasi sebaiknya adalah untuk memulakan pengambilan folic acid sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.