
Sulit
4 tahun
Keguguran rambut serius
Saya wanita berusia 27tahun, mula mengalami keguguran rambut serius seawal usia 15 tahun lagi. Rambut saya sekarang sudah jadi nipis dan nampak botak.saya juga tiada masalah kelemumur dan penyakit kulit kepala.Apa punca sebenar?? Ada ubat yang boleh saya ambil? Minoxidil boleh ke untuk wanita??? Boleh ke saya merawat?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keguguran rambut dalam kalangan lelaki/perempuan adalah salah satu perkara biasa yang dialami oleh masyarakat kita . Terdapat pelbagai punca yang boleh menyumbang keguguran rambut kita termasuklah:
- genetik
- infeksi kulat
- Iron deficiency anaemia
- Syphilis dan sebagainya.
Keguguran rambut juga boleh diklasifisikan seperti berikut:
- alopecia areata
- drug-induced alopecia
- male pattern baldness
Untuk makluman pihak anda, terdapatlah banyak jenis rawatan untuk keguguran rambut. Antaranya:
- Ubat-ubatan
- Tampalan rambut
- Pertanaman rambut
Namun begitu, anda perlu merujukkan masalah anda kepada klinik-klinik yang menyediakan servis untuk rawatan keguguran rambut. Pakar mereka akan memeriksa dan mengenal pasti rawatan yang paling sesuai untuk anda kerana rawatan yang tidak sesuai akan menyebabkan lebih banyak masalah.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.