
Sulit
4 tahun
Kegusaran tentang haid yang tidak teratur
Saya wanita berusia 22tahun dan saya berasa pelik atau sedikit gusar kerana 2kali datang haid warnanya agak cair dan kuantiti yang sedikit tidak seperti sebelumnya. Haid saya pada bulan ini pada mulanya ia keluar berwarna merah dan setelah cuci selang 2/3jam, tiada darah yang keluar dan semasa kencing hanya keluar ketulan darah. Selang beberapa jam pada tuala wanita terlihat darah yang sedikit dengan warna seakan pink bercampur air. Bahkan, kuantiti kali ini sangat sedikit seperti dalam sehari tuala wanita tersebut tidak akan penuh.jadi saya harap pihak tuan/puan boleh membantu saya dalam hal ini.terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Tabiat senaman yang melebihi kemampuan tubuh
- Masalah organ wanita - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan
- Tanda-tanda awal kehamilan atau persenyawaan yang gagal
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.