
Sulit
5 tahun
Kehamilan atau bukan
Saya berumur 20 tahun. Saya period pada 17/10 dan haid saya berakhir pada 23/10. Kemudian saya melakukan hubungan seksual pada 24/10 . Saya mengambil Postinor2 pada 25/10. Dan pada pagi 30/10 terdapat darah yang keluar. Adakah saya mengandung? Apa yang perlu saya lakukan? erima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, adalah normal bagi wanita yang mengambil pil kecemasan tersebut untuk mendapat pendarahan beberapa hari selepas menggunakannya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pil perancang kecemasan anda boleh klik pada link dibawah.
Pil perancang kecemasan
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.