
Sulit
5 tahun
Kehamilan dalam jarak yang terlalu dekat. Tidak yakin dengan kesihatan untuk meneruskan
Saya wanita berumur 30tahun.saya baru melahirkan bayi pada nov19.bayi pertama berumur 1 tahun 4 bulan.yg kedua 4 bulan. sy telah hamil semula.adakah selamat bagi rahim saya?kedua2 adalah secara normal.b

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kehamilan yang terlalu dekat jaraknya boleh menyebabkan:
- Kurang darah dalam kehamilan
- Preterm labour
- Pendarahan dalam trimester ketiga
- Masalah kesihatan mental ibu
Walaubagaimanapun, dengan bantuan pakar ibu dan anak anda, komplikasi ini dapat dihindari. Terdapat banyak kehamilan jarak dekat yang berjaya. Anda perlu berbincang dengan doktor anda dan suami anda kerana sokongan semua pihak adalah penting untuk anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.