
Sulit
5 tahun
Kehamilan dan lewat haid
Saya lewat datang bulan .
Pada 20 Oktober haid sy keluar.
Pada bulan ni, 19 November, sy dan suami membuat seksa dan suami telah mengeluarkan sperma ke faraj.
Sehingga ke hari ini, 24 November, saya masih belum datang bulan.
Adakah peluang utk hamil itu besar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi. Seandainya anda melakukan hubungan di waktu yang tidak subur, maka tiada ovum yang dikeluarkan, sehingga persenyawaan antara ovum dan sperma untuk membentuk embryo tidak dapat terjadi.
Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.