
Sulit
3 tahun
Kehamilan diminggu pertama
Salam doc,sya wanita umur 24,pada masa 25bulan 11 sya period selma kurg lebih 6hri,selpas period sya ad melakukan hubungan,sekrg tanggal 9bulan 12 ada keluar darah besertai sakit pinggang dan perut apa kah ini period atau tanda2 kehamilan.??
Mkasih doc tolong bantuan nya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Status kehamilan anda boleh diperiksa dan dipastikan dengan menggunakan alat pemeriksaan sederhana yang boleh dibeli di farmasi seperti urine pregnancy test (UPT). Sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan