Sulit
5 tahun
Kehamilan Wanita Selepas Bersetubuh
Selepas bersetubuh pada awal bulan dan pada akhir bulan wanita tersebut datang bulan , pada bulan berikutnya wanita dan lelaki tersebut tidak bersetubuh , apakah masih ada sperma dalam rahim wanita itu ? Bolekah dia hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, sperma hidup di dalam rahim wanita sehingga 3-5 hari. Sekiranya wanita tersebut datang bulan atau haid pada hujung bulan tersebut, adalah mustahil untuk wanita tersebut hamil.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan pencerahan daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.

































