
Sulit
4 tahun
Kehamilan yang diragui
Saya wanitaa 26tahun … 3hb jan 2021 saya baru lepas keguguran dan buat D&C .tp lps 2minggu pantang saya bersuami suami, bru2 ni rasa mual n tak sihat badan . 27hn jan saya cek upt naik double line … tp esok paginya saya cek upt semula naik 1 line . Adakah saya mengandung atau upt masalah ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian UPT menggunakan hormon hCG dimana jika terdapat hormon tersebut memberi gambaran yang anda sedang hamil. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja ujian UPT apabila lewat haid dan disebabkan perubahan jumlah hormon tersebut di dalam badan, ia mengakibatkan sesetengah ujian kabur dan terang berbeza mengikut hari dan individu. Namun, secara kesimpulannya, jika ianya positif, maka keseluruhan ujian adalah positif walaupun garisan itu nampak seperti samar dan kabur.
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mengesan kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Terdapat beberapa tanda awal kehamilan yang sering kali dialami oleh wanita yang mengandung antaranya ialah:
- Tidak datng haid
- Payudara bengkak dan sakit
- Loya dan/ataupun muntah
- Kerap kencing
- Kelesuan
- Pendarahan kecil (“spotting”)
- Sembelit
- Perubahan mood
Untuk mengatasi masalah ini, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.