
Sulit
4 tahun
Kehilangan berat badan
Saya lelaki dalam 15 mengalami penurunan berat badan secara mendedak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda tetapi berdasarkan kenyataan anda di ruangan soalan, ia amat pendek dan kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenainya. Berikut merupakan antara sebab-sebab yang boleh menyumbang kepada penurunan berat badan secara mendadak:
- Tuberkulosis
- Kanser; kebanyakan kanser akan menyebabkan penurunan berat badan dan hilang selera makan
- Masalah mekanikal seperti tidak dapat menelan makanan disebabkan oleh pelbagai faktor atau struktur esofagus yang tidak normal
- Masalah psikologi: kemurungan, anxiety atau keresahan
- Masalah pemakanan seperti bulimia dan anorexia nervosa
- Jangkitan atau radang usus
Berikut hanyalah pandangan kami mengapa anda mengalami penurunan berat badan secara mendadak. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Sekiranya anda ingin berhubung dengan pihak kami, klik pada (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara atas talian bersama dengan pihak kami. Terima kasih.