
Sulit
4 tahun
Kekeliruan pendarahan haid atau pendarahan implantasi
Salam doktor…sy pernah melakukan oral sex bersama pasangan sy pada 15/10 dan dia telah skip period pada bulan tersebut…pda 18/11 dia telah datang haid…soalana sy adkah itu pendarahan haid atau pendarahan implantasi??setahu sy sperma bleh berada dlam rahim selama 5 ari dan proses implantasi mengambil masa 14 hari selpas sperma bertemu ovum untuk menempel pada dinding rahim. Masa yg diambil dlam 19 ari untuk proses tersebut. Soalan sy adkah pasangan sy mengalami pendarahan implantasi atau haid…dan pendarahan tersebut selama 8 ari,bkan spoting bleeding,warna juga merah tua…selepas 3mnggu kami melakukan oral sex…kami melakukan ujian UPT dan mnunjukkan keputusan negative sebelum pasangan sy datang haid dio pada 18/11…boleh pihak tuan jelas pertanyaan sy ini n adakah pasangan sy ini mengandung??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, adalah mustahil untuk seseorang wanita itu hamil sekiranya hanya melakukan seks oral sahaja.
Ya, sperma boleh berada di dalam rahim wanita sehingga lima hari. Walau bagaimanapun, ovulasi seseorang wanita adalah berbeza di dalam setiap orang kerana kandungan hormon yang terdapat di dalam badan mereka boleh menyebabkan seseorang wanita tersebut mengalami haid yang berbeza pada waktu-waktu tertentu dan bergantung pada faktor-faktor lain juga.
Untuk maklumat tambahan anda, secara purata, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah 28 hari. Tetapi ia juga normal sekiranya kitaran haid tersebut berada di antara 21 dan 34 hari dan tempoh aliran darah haid adalah antara 2 ke 7 hari.
Kami tidak dapat menjawab persoalan anda kerana kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai kitaran haid pasangan anda dan juga beberapa maklumat lain.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Terdapat beberapa sebab mengapa keputusan UPT boleh menjadi negatif, dan keputusan negatif bukan bermakna pasangan anda tidak mengandung:
- Psangan anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Pasangan anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Oleh itu, pemeriksaan lanjut oleh doktor perlu dilakukan untuk mengetahui dan mengesahkan sama ada pasangan anda mengandung ataupun tidak. Sekiranya anda masih mempunyai keraguan, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor pakar kami di atas talian. Terima kasih.