
Sulit
5 tahun
Kekerapan sakit dada dan tangan kiri kebas
Saya wanita berumur 18 tahun. Kebelakangan ini saya mengalami sakit dada sebelah kiri. Saya rasa jantung laju berdebar dan berpeluh secara tiba-tiba. Tangan kiri saya juga kerap kebas sehingga saya rasa tidak selesa. Pada waktu malam pula menyebabkan saya sukar untuk tidur sekiranya dada dan tangan saya sakit. Saya ada baca maklumat di internet. Terdapat beberapa simptom bagi serangan jantung. Jadi saya ingin mengetahui lebih lanjut dan penjelasan tentang masalah kesihatan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, gejala sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Bagi mereka yang berusia muda seperti anda, adalah jarang sekali sakit dada disebabkan oleh masalah jantung. Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar.
Sakit dada sebelah kiri boleh berpunca daripada masalah paru-paru, otot dada, tulang, saraf dan juga masalah seperti stress dan anxiety.
Anda disarankan untuk tidak bergantung kepada pembacaan anda di internet sahaja kerana untuk mencapai diagnosis sesuatu penyakit, pelbagai perkara perlu diambil kira. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.