
Sulit
4 tahun
Kekuningan & kegatalan
Saya wanita berumur 24 tahun dan tidak berkahwin. Saya mengalami masalah kekuningan & kegatalan. Rawatan ubat apa yang patut saya terima?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami masalah keputihan, seperti:
- Normal atau fisiologikal
- Bacterial vaginosis
- Vaginitis
- Cervicitis
- Jangkitan kelamin (sifilis, gonorea)
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Penjagaan kawasan kemaluan dan sekitar yang kurang bersih
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah keputihan. Anda dikehendaki berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana ia mengganggu anda dan tidak berkesan dengan ubat yang pernah digunakan.
Rawatan untuk keputihan adalah berbeza dan ia bergantung kepada diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Keadaan anda mengganggu aktiviti harian
- Demam
- Terdapat bau yang kurang menyenangkan daripada faraj
- Gatal-gatal
- Mempunyai masalah untuk membuang air kecil
- Air kencing berdarah dan bernanah
Anda juga boleh berhubung dengan kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami berkenaan masalah yang anda hadapi. Terima kasih.