
Sulit
5 tahun
Kekurangan bentuk badan
Saya wanita yg berumur 24 tahun. Saya ada masalah fizikal, masalah saya adalah my breast flat, tak normal mcm wanita lain. Seperti tiada beza dgn lelaki and macam belum baligh tapi saya ada period. Saya confuse dan risau sedangkn berat badan saya 64kg tapi tiada breast. Adakah boleh dirawat? Atau perlu ambil any supplement untk nampak normal seperti org lain? Atau ada cara lain? Saya risau jika ini akan bagi kesan pada masa akan datang seperti tidak boleh menyusukan anak. Selain itu, ianya buat saya kurang confident kerana sometimes orang sekeliling menjadikan satu kekurangan saya sbg satu bahan untk ketawa. Jadi saya ingin minta pandangan dan pendapat dari td, harap dr boleh membantu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keturunan
- Hormon yang tidak seimbang Congenital Adrenal Hyperplasia
- Penyakit genetik seperti Sindrom Turner dan lain-lain lagi
Memandangkan hal ini mengganggu emosi anda, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.