
Sulit
5 tahun
Kekurangan hormon lelaki
Saya berumur 19 tapi perubahan hormon lelaki sedikit
-Anggota badan kurang berbulu
-halqum kurang menonjol

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, berikut yang anda keluhkan boleh jadi adalah sifat normal seseorang lelaki berdasarkan suku kaum dan keturunan. Sesetengah kaum cenderung mempunyai bulu badan yang kurang dan letak halkum yang tidak menonjol.
Sebagai info tambahan, apabila seseorang lelaki menderita kekurangan hormon, ia tidak datang dalam bentuk perubahan fizikal yang kurang maskulin sahaja. Malah, terdapat beberapa gejala lain yang turut serta memandangkan hormon memainkan peranan penting dalam meregulasi organ-organ tubuh. Hormon yang dikenali sebagai hormon lelaki juga terdapat dalam tubuh wanita dalam kuantiti yang berbeza. Antara gejala yang menonjol pada seseorang yang mempunyai masalah kekurangan hormon lelaki adalah:
- kurang nafsu seks
- badan panas-panas dan mudah berpeluh
- pembesaran payudara
- sering letih dan lemah
- kemurungan
- pertambahan lemak badan
Bagaimanapun, keterangan ini adalah masih umum. Bagi mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.