
Sulit
3 tahun
Kelenjar bawah lengan
Hi, saya student berumur 19 tahun. Masalah yang saya selalu hadapi ialah kelenjar. Kelenjar ini selalu ada bawah lengan saya. Pada mulanya, saya ingatkan hanya jerawat biasa. Tapi lama kelamaan, dia mula membengkak dan saya baru sedar kelenjar tu sama macam dekat leher saya. Kelenjar di leher tak pernah hilang, ia hanya membesar Dan mengecil saja. Tidak pernah hilang. Saya ada buat research yang ini possibility untuk ada kanser. Sebelum ni, dia ada bawah ketiak tapi dia hilang Dan kemudian bawah lengan. Jadi perlukah saya merujuk Doctor atau hanya sekadar Biar kan saja? Terima kasih jika sudi menjawab.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut keterangan diatas, anda mengalami masalah benjolan ataupun ketulan yang membesar pada bahagian kelenjar di ketiak anda . Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Secara amnya gejala ini boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk :
- Masalah autoimun
- Sista
- Jangkitan virus atau bakteria
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Limfoma
- Kanser payudara
- Radang noda limfa (lymphadenitis)
- Fibroadenoma
- Penyakit lupus
- Leukemia
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor