
Sulit
4 tahun
Kelenjar limfa bengkak dan sakit on antibiotic masih tidak surut
Doc sy ada bengkak timbul di leher, sy check doc kata mybe jangkitan pd limforma adakah ia bahaya? Sy ada google kalau kne jangkitan ni ia mcm kanser…ia menakutkan sy smpai la sy nk cri jawapan n explainations yg tepat…now ada ulser pd tekak…berkait juga ka doc
Adakah ia berjangkit? Dan xbole bersama suami langsung bimbang ia berjangkit dan
Adakah ia punca xbole hamil atau sering gugur?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Maaf puan, oleh kerana informasi yang diberikan adalah terlalu singkat ia agak sukar untuk kami mengandaikan situasi yang sebenar. Namun secara umumnya kelainan kelenjar limfa memang sering dikatkan dengan samada:
- sumbatan kelenjar
- jangkitan kuman/bakteria/virus
- jangkitan sistemik atau vaskuler
- tanda-tanda awal ketumbuhan jinak mahupun ganas (namun sering disertai gejala yang sangat serius)
- dan lain-lain
Ulser yang berlaku boleh dikatan sebagai kebetulan atau gangguan yang sering terkait namun memerlukan penilaian yang lebih terperinci,
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Oleh itu, saya sarankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.