
lolaafandi03
2 tahun
Keletihan dan pening kepala
Saya pelajar universiti awam yang berumur 23 tahun . Kebelakangan ini saya sering pening kepala dan juga mengalami keletihan. Selalu saja berpeluh dan panas di kawasan sekeliling saya walaupun selepas saya mandi. Apabila berdiri saya berasa tidak selesa dan rasa pening. Kenapakah dengan saya ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan gejala yang diterangkan ini, perkara yang mungkin menyebabkan hal ini berlaku ialah :
- Masalah kelenjar tiroid ( Hipertiroidisme)
- Migrain
- Anemia (kurang darah merah)
- Pengambilan ubat tertentu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.