Sulit
3 tahun
Kelewatan datang bulan dan upt masih negative di hari kelima lewat datang bulan
Saya wanita 24 tahun, mengalami tidak selera makan NASI,kelesuan, tidur susah(kena cari keselesaan) perut kembung, pening2, suami setiap pagi muntah2, saya sering tidak makan nasi hampir 2 minggu,saya pernah keguguran 3 kali, cek upt hari kelima lewat period masih negative dan perut gerak2 tanpa digangu. Saya sering pening jika minum air manis dan makan nasi ingin muntah dan mual
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami persoalan anda yang anda ajukan berkenaan dengan rasa mual, susah tidur, dan pening. Kami faham bahawa anda risau jika ini merupakan tanda awal kehamilan. Oleh hal yang demikian, kami senaraikan tanda-tanda awal kehamilan seperti yang anda boleh dapati di bawah.
Untuk makluman anda, tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti:
- Haid Lewat Atau Tidak Datang Haid
- Mual Loya Atau Muntah
- Saiz Payudara Membesar Dan Payudara Menjadi Lebih Sensitif
- Kerap Kencing
- Deria Bau Lebih Sensitif
- Pendarahan kecil
- Keputihan
- Perubahan selera makan
- Keletihan
Masalah bagi lewat datang haid pula boleh disebabkam oleh masalah berikut:
- Tekanan hidup
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada kelenjar tiroid
- Sindrom polisistik ovari
Akan tetapi, untuk memastikan bahawa anda hamil atau tidak, disarankan untuk anda membuat ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) atau berjumpa dengan doktor.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.