
Sulit
4 tahun
Keliru sama ada spotting atau pun haid sebab darah yang keluar bukan seperti darah haid
hai Dr…pada 15/4 saya melakukan ujian UPT dan didapati ia nya positif…saya mengulangi ujian ini selama beberapa hari dan ia masih lagi menunjukan ia positive.Tapi pada 19/4 saya mengalami period yang sangat heavy dan mengeluarkan ketulan yang sangat berbeza dari period saya sebelum ini…ketulan yang keluar itu macam bentuk kantung…jadi saya menganggap saya mungkin gugur…pada 20/5 saya mengalami keluar darah berwarna coklat pekat berserta dengan lendir seperti keputihan. darah itu keluar semasa saya kencing…dalam satu hari hanya sekali je keluar darah itu. ia keluar lebih daripada 3 hari. saya sepatutnya period pada 22/5. apa yang menyebabkan hal ini terjadi? apa yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Masalah spotting (keluar cecair coklat) ini boleh disebabkan oleh banyak sebab. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.