
Sulit
4 tahun
Keliru tentang cara pengambilan postinor
I confuse bahawa adakah postinor boleh diambil secara last minute? sbg contoh, sy dgn hubby buat hubungan intim hari ini. adakah postinor diambil selepas sexual berlaku ataupun sebelum terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk makluman pihak anda, ubat postinor biasanya digunakan secara kecemasan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual.Anda seharusnya mengambil dos pertama (1 biji) secepat yang mungkin dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Dos kedua (1 biji) seharusnya anda ambil 12 jam selepas dos pertama.
Sila bercakap dengan doktor kami secara peribadi untuk maklumat lanjut tentang pil perancang kecemasan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.