
Sulit
4 tahun
Keluar air dari kemaluan tanpa sengaja
Saya remaja 15 tahun perempuan, adakah normal sekiranya keluar air dari kemaluan tanpa sengaja? Dan kuantiti yang boleh dikatakan banyak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Bagaimanapun, secara umum, air mani merujuk kepada air yang mengandungi sperma dan air ini tidak dihasilkan oleh kaum wanita. Namun, kedua-dua lelaki dan perempuan menghasilkan lendir daripada kemaluan yang juga dikenali sebagai air mazi, dimana akan keluar ketika mencapai klimaks atau teransang.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Anda memerlukan khidmat nasihat daripada pakar? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!