rockersana964
4 tahun
Keluar cairan coklat pekat selepas seminggu haid
Saya wanita berusia 36 tahun,risau dengan keluarnya cairan berwarna coklat pekat selepas seminggu haid,tapi sebelum tu sy haid bulan ni lewat 6 hari…kemudian sy haid dalm seminggu mcm biasa…dan skrg selepas haid seminggu cairan keluar lagi…sy sakit pinggang dan perut kembung tapi tak sakit sangat…kadang2 saja datang sakit, adakah ini penyakit atau keputihan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah berwarna coklat yang keluar dari faraj boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Darah lama
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.