
Sulit
4 tahun
Keluar cairan pekat seakan mani apabila kencing
Saya berasa hairan kenapa terkeluar cecair pekat jernih seakan air mani sewaktu kencing tetapi bukan air mani…bleh doc jelaskan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kemungkinan itu adalah air wadi yang menyerupai air mani. Ia boleh keluar selepas kencing.
Sekiranya gejala ini berlaku secara berterusan dan didatangi dengan gejala sakit, kami menyarankan anda untuk terus berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.