
Sulit
2 tahun
Keluar cecair di alat sulit depan sikit dan tidak sakit
Saya lelaki…saya masih bingung apabila saya buang air besar dan saya teran agak kuat…ada keluar cairan putih jernih di alat sulit bahagian hadapan…keluar dalam kuantiti yang sikit dan tidak sakit…boleh saya tau cairan apa itu? Apakah itu normal Dan kalau buat tes urine adakah kita dapat kesan penyakit itu?atau boleh kongsikan makanan yang sihat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cecai normal yang dihasilkan daripada glan di sekeliling saluran kencing
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan zakar
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.