Sulit
6 tahun
Keluar cecair melekit dan bening di alat sulit hadapan
Saya lelaki…apabila saya membuang air besar…dalam keadaan saya teran(tekan) atau paksa untuk najis keluar…saya mendapati alat sulit bahagian hadapan mengeluarkan cecair bening dan melekit…tetapi apabila tidak teran …cecair itu tidak keluar…mohon penjelasan adakah itu air mani atau sebaliknya…terima kasih
6 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan dan cecair putih yang keluar dari zakar anda boleh disebabkan:
Jangkitan kelamin seperti gonorea
Jangkitan saluran kencing
Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Air mani
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































