Sulit
5 tahun
Keluar darah berwarna coklat selama tiga hari
Assalamualaikum dan selamat sejahtera doktor.Saya wanita berumur 22 tahun. Selepas berkahwin pada awal bulan 3, period saya kadang2 tidak teratur. Pada period baru2 ini, saya hanya keluar darah berwarna coklat selama 3 hari. Saya juga sering sakit bahagian bawah perut sebelah kiri… Saya juga kadang2 rasa hndak termuntah… Saya juga kurang selera untuk makan nasi… saya ada buat ujian UPT minggu lepas tetapi negatif. Boleh doktor bagi pandangan doktor?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.



























