Sulit
4 tahun
Keluar darah dari vagina 13 hari sebelum tarikh haid
Saya wanita 20’an dan belum berkahwin. Saya mendapati darah keluar daripada vagina 13 hari sebelum tarikh haid yang sepatutnya. Kitaran haid saya adalah normal. Kadang kala,ada darah keluar daripada dubur sewaktu buang air besar. Adakah saya mengalami masalah dalaman yang lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang datangnya lebih awal daripada biasa. Untuk makluman anda, masalah ini boleh dikategorikan sebagai masalah haid tidak teratur. Ianya mungkin suatu yang normal bagi para wanita untuk mengalami haid yang tidak teratur sekurang-kurangnys sekali dalam kehidupan mereka. Namun, haid yang tidak teratur juga boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!



























