
Sulit
3 tahun
Keluar darah di vagina selepas bersenam
Saya wanita 20an. Saya sering bersenam untuk menurunkan berat badan. Baru baru ini, selepas saya bersenam darah yang bercampur dengan lendir jernih keluar di alat sulit saya dan saya baru habis haid seminggu lalu. Perkara ini sangat membimbangkan saya. Apa yang perlu saya lakukan?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
mengikut kajian,senaman boleh mengakibatkan pendarahan kerana perubahan hormon dalam seseorang wanita.
Namun demikian anda juga perlu memerlukan pemeriksaan doktor jikalau masalah ini berlarutan.
Hanya dengan maklumat lanjut dan pemeriksaan klinikal punca pendarahan anda boleh dikenal pasti.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor melalui atas talian untuk maklumat lanjut.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan